May 16 2007
MY GRANDFATHER’S EYES
I just remembered that I have promised my grandparents for sort of a long stay at their house right after I finish my study when I found Tok’s handwriting in a bound foolscap papers in the drawers. I was rummaging my mother’s drawers for my lost PTPTN agreement. Well this unintentional encounter with the writing of my grandfather has somewhat kindled my curiosity of what could the matters inside be all about, I forgot about my PTPTN thing.
So I asked my mother for permission to have a look at this commemorative looking piece. But all Mama said was “No, you don’t wanna read these, dear.” “Oh, why is that Mama?” “Because it will make you feel sad. Just that. But go ahead and be so, if you insist…”
Tok is still staying in his big double storey wooden house in Tapah, with my beloved Opah, with their maid hired by my uncle, just them three. I promised them I’d visit them there, and be their company. It’s not that I don’t wanna keep my promise. It’s just that, I have turned out so busy and dizzy lately…thinking of my thesis upshot, searching for a job, for my parents and beau, that I have no time to even think of which and how many busses should I take to get to Tapah from here. Bad granddaughter I am…Well, may be now I should think of it…even if that means me travelling alone…huhu. But come on, absorb the lessons together!
Riwayat Hidupku di Zaman Silam untuk Kenangan
Dengan secara rengkasnya di imbas kembali yang mana diriku dilahir kan pada 23 Januari 1923, dan dibesarkan dengan belaian kasih sayang ibu bapaku setiap masa.
Hari demi hari dan tahun demi tahun diriku diasuh, dipelihara dan diberi didikan yang sempurna hingga usiaku meningkat 7 tahun, maka diwajibkan bersekolah.
Walau pun dizaman itu penjajahan British masih berkuasa penuh lagi di Tanah Melayu, yang mana serba serbinya amat daif, sama ada kedudukan dan ekonomi orang-orang Melayu tidak langsung mendapat layanan yang baik dari pemerintah. Kalau hidup hendak sempurna, carilah daya usaha sendiri. Rumah-rumah tempat kediaman pula adalah secara berkampungan dan tidak ada bekalan asas seperti air, lampu dan lain-lainnya. Terpaksalah menggunakan sungai atau perigi (telaga) begitu jua lampu dengan menggunakan pelita minyak tanah.
Dapur masak-memasak pula menggunakan kayu api dan jalan-jalan ke Bandar semuanya tanah merah sebagai lorong sahaja. Begitulah keadaannya kehidupan orang-orang Melayu di zaman itu.
Kenderaan pula cuma menggunakan basikal sahaja, tidak ada kereta, motor kecuali kereta lembu, beca (lanca) untuk membawa barang-barang berat, seperti bas dan kerita sewa jauh sekali kecuali kereta-kereta orang-orang kenamaan sahaja yang ada.
Tetapi sungguh pun begitu, semua keadaan masyarakat dikampung hidup harmuni aman damai, kasih mesra anatara satu sama lain tanpa persengketaan langsung, kalau berkenduri-kendara semua datang bergotong-royong, dan amat menyeronokan, kalau Hari Raya pula tidak sunyi ziarah-menziarahi satu sama lain yang berterusan.
1930 – Diriku titik permulaan pergi kesekolah hingga 6 tahun (Darjah 6 sahaja di masa itu) – 1936.
1937 – Aku menyambung pula pelajaran Agama dan bahasa Arab di Sekolah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak. Tetapi berakhir tahun 1941. (Kerana peperangan Jepun-British telah bermula)
1942 – Tentera Jepun telah tiba menyerang Tanah Melayu dengan ganas dan kejam membunuh musuh-musuhnya. Manakala di siang harinya pula, tentera Jepun sentiasa merayau-merayau ke dalam kampung mencari mangsanya apa-apa yang disukainya seperti ayam dan anak-anak gadis.
Begitulah penderitaan dan kesengsaraan yang kami alami, di mana semua penduduk Tanah Melayu di zaman itu terseksa segala-galanya. Nasi-beras tidak ada, terpaksa makan ubi kayu dan pisang muda. Kain baju pula mana yang ada sahaja boleh dipakai. Kalau kematian terpaksa kain guni, tikar, dan daun pisang dijadikan kapan membalut mayat.
Penderitaan yang sebegini rupa ditanggung selama 3 tahun 8 bulan.
Setelah Jepun menyerah kalah kepada pehak Bangsa-Bangsa Bersatu Amerika dan Beritish dalam pertengahan tahun 1945.
1945 – Tentera Jepun telah meninggalkan Tanah Melayu, maka pengganas cina kominis yang berada di dalam hutan belantara Tanah Melayu semasa pemerintahan Jepun dahulu, telah keluar pula kebandar dan kampung membunah musuh-musuhnya dan orang-orang Melayu yang ingkar kepada mereka, banyak orang Melayu yang terkorban, hingga menjadi pertempuran hebat di Sungai Manik dan Cikus. Nasib baik Cuma 15 hari sahaja, kerana Tentera Beritish telah tiba untuk memerintah dan mengamankan Tanah Melayu semula.
Maka pengganas-pengganas kominis yang membuat kekejaman itu pun lari semula ke hutan belantara Tanah Melayu dan mereka mulai menyusun semula langkah pergerakan menentang Kerajaan dengan berbagai-bagai sudut membuat huru-hara yang kejam dan ganas setiap masa menakut-nakutkan rakyat dengan berterusan beberapa tahun. Walaupun kemerdekaan Tanah Melayu telah tercapai Tahun 1957 tetapi pengganas kominis masih lagi mengancamkan.
1947 – Manakala keadaan suasana beransur-ansur ceria sadikan, diriku cuba membuat perhitungan hidup mencari kerja yang sesuai. Dengan takdir Allah diriku bejaya dipilih bekerja di Pejabat Daerah Tapah sebagai Penulis Notis.
1949 – Setelah sekian lama diriku bekerja maka keluargaku mendesak diriku supaya berkahwin, mereka telah membuat pinangan kepada seorang gadis pilihan mereka setahun berlalu, cuma menantikan hari perkahwinan sahaja untuk diijab kabulkan yang ditentukan pada 9hb. Januari 1949. Gadis itu ialah FATIMAH BT. NGAH MOHD ALI di Temoh.
Beberapa bulan berlalu, maka kami pindah ke rumah Kerajaan di Pekan Tapah. Disinilah titik permulaan kami berdikari menyusun langkah yang prihatin, hari demi hari dan tahun demi tahun kami terus terbelenggu dengan anika ragam penderitaan, kerana keluarga telah bertambah, tetapi gaji bulanan tetap tidak berubah, dari sudut inilah kami terpaksa berjimat cermat, yang mana perlu sahaja diutamakan. Hendak bermewah jauh sekali.
Kami lebih menekankan keperluan anak-anak sahaja, supaya peningkatan mereka tidak tergugat, sama ada kesihatan, makanan, pakaian, dan persekolahan, mereka terus teraksana.
Begitulah cita-cita kami setakat yang termampu. Walau apa jua pun kehendak mereka berkenaan dengan kegunaan persekolahannya tidak boleh diabaikan supaya hati mereka tidak terasing dengan rakan-rakan mereka. Semuga kejayaan mereka tercapai.
Sedikit Memori Saorang Ibu
Anak-anak sungguh bahgia dan bertuah mempunyai seorang ibu yang telah berkorban tanpa atau tidak mengenal penat lelah dan susah payah untuk menunaikan tanggung jawabnya sebagai saorang ibu yang berwibawa mengasuh dan mendidik anak-anak dengan berjaya setakat yang terdaya, mengembelingkan tenaga menguruskan hal ehwal rumah tangga dan keluarga dengan teratur dan rapi. Keperluan harian untuk membeli-belah di pasar jua misti diselengarakan walau pun uzur dan sarat mengandung maka tidak pernah pun dipertikaikannya. Begitulah kesetiaanya terhadap keluarga. Kalau wang sangat diperlukan untuk anak-anak tidak mencukupi kegunaan persekolahan mereka atau sudut lain jua, maka terpaksalah melucut barang-barang kemas yang ada untuk dijual seberapa yang boleh, satu demi satu dengan keadaan yang sama, dan ada kalanya dia terpaksa menjual muka untuk meminjam wang kalau keputusan wang terdesak yang diperlukan sangat oleh kerana persekolahan anak-anak jua, supaya harapan mereka tidak terkandas.
Tahun demi tahun begitulah seterusnya yang mana kejayaan anak-anak nampaknya ada yang mebawa kesan yang terserlah walaupun tidak sebegitu cemerlang. Pengorbanan terhadap keluarga dan anak-anaknya masih berterusan hingga kini tidak berubah iaitu sebagai sifat semula jadinya walaupun usianya sudah meningkat 70 tahun. Dia masih jua menggunakan tenaga yang berlebihan seperti orang dewasa lagi dan telah 3 kali jatuh kerana berat sangat membimbit barang-barang yang dibelinya.
Dan lagi manakala dapat tahu yang anak-anak, cucu handak datang maka tampillah dia merancang apa yang hendak dibeli dan dimasak sebagai persediaan untuk menyambut anak-anak cucu datang.
1957 – Diriku ditukarkan ke-Pejabat Tanah Parit Buntar, Krian Perak pada 1.1.1957.
1960 – Diriku dapat bertukar semula ke Pejabat Tanah Tapah pada 3.31960.
1980 – Bertugas di Jabatan Kerajaan telah berakhir pada 31.121979 dan bermulalah hari persaraanku selama 33 tahun diriku berkhidmat di Jabatan Kerajaan.
Alam persaraan telah mula dirasai membawa perubahan corak hidup yang berlainan cara, sama ada kampung atau Bandar terpulanglah diatas kemampuan masing-masing. Bagiku penghidupan secara kampung lebih bermakna kerana masyarakat lebih senang didampingi dari segi apa jua pun.
Dari itu terus menyediakan rumah tempat kediaman yang sederhana ala kampung, dan segala kemudahan asas telah sedia ada di Kampung Sungai Selinsing Tapah.
Dengan bermulanya kehidupan Era baru ini maka kami rasa ada keselesaannya, kalau dibandingkan dari segi penghidupan kami di masa lampau amat ternyata dan jauh berbeza, dahulunya menderita dan sengsara tetapi pada hari ini segala-galanya boleh dicapai dengan apa yang dicita, kerana rizki dan nikmat Allah melimpah ruah bersambut pula dengan aman bahgia.
Sebab itulah ibu selalu meluahkan rasa simpati nya kepada Kerajaan (adalah secara kebetulan sahaja) bukan kerana politik atau peribadi Pemerintah, kerana kami bukan berparti politik.
Cuma kami dapat menumpang sama kesejahteraan Negara yang damai harmuni.
Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah kerana segala pengurbanan dan masalah anak-anak selama ini nampaknya telah mambawa kesan yang membanggakan, begitu jua dikalangan keluarga amat bersefahaman dan masra (untuk menjadikan keluarga bahgia).
Dengan adanya kemakmuran dihari ini, maka kebahgiaan anak-anak terus cemerlang dan mempunyai kerjaya masing-masing dengan aman. Yang mana pula disamping itu anak-anak dan menantu jua tidak sunyi menyumbang bakti dengan berbagai rupa sama ada wang ringgit dan pakaian, maka inilah yang membuatkan kami sentiasa berada dalam keadaan selesa, dan dapat kami gunakan kepada kebajikan kerana Allah. Dari itu kami ucapkan ribuan terima kaseh kepada anak-anak dan menantu serta diiringi dengan doa sejahtera selama-lamanya.
Berkat rezki yang kami dapat dan sumbangan bakti dari kalangan anak-anak dan menantu, maka pada tahun 1990 dapat kami menunaikan fardhu Haji ke Makkah dan 2 kali pula dapat menunaikan Umrah tahun 1992 dan tahun 1996. Dan begitu jua dapat pula menggantikan sedikit sebanyak barang kemasnya yang lenyap dahulu selain dari itu hal-hal yang lain jua dapat disempurnakan.
Peridaran masa terus berlalu, usia jua turut bersama, tahun 1999 datang menjelang, maka genaplah sudah usiaku 76 tahun (23-1-1999) di samping itu menjelma pula hari yang bersejarah iaitu hari genapnya ulang tahun perkahwinan yang ke 50 tahun pada 9-1-1999 dan telah pun selamat diraikan oleh anak-anak dan keluarga dihari yang tersebut.
Penilaian yang Tiada Membawa Erti
Kebanyakan generasi yang lahir dalam tahun 60an hingga kehari ini amat bahagia, kerana tiada apa pun yang merunsingkan mereka. Segala yang dicita boleh tercapai. Mereka tidak tahu arti susah sebagaimana azab sengsaranya penghidupan ibubapa dan datuk nenek mereka sebelum ini. Sebabnya mereka berada di dalam suasana kemewahan dan kemakmuran, yang mana keluarga mereka berada atau mempunyai rumah kediaman yang selesa dan indah, rumah batu, banglo dan mahligai yang lengkap segala kemudahan asas seperti api, air, dan lain-lain telah tersedia.
Lagi menyedihkan dimasa kini mereka tidak dapat menilaikan sesuatu yang benar dengan yang tidak dianggap oleh mereka sama sahaja. Buruk dan baik, sebab mereka tidak pernah mengalami apa arti susah dan derita.
Disini berakhirlah sudah rintihan hati kami yang membawa erti kehidupan usia senja ini maka masih lagi meraba-raba untuk mengisi ruang setakat mana yang boleh sampai selagi ada sisa-sisa usia ini dapat membuat amal ibadat yang dirido oleh Allah disamping jua berada di dalam peliharaan Allah yang selamat dan sejahtera.
Abad 20 akan berakhir dan menutup tirainya dan abad 21 atau alaf baru (Y2K) akan menjelang tiba tidak lama lagi yang akan membawa kita ke lautan hidup yang lebih mencabar.
Manakala berlabuhnya tirai abad yang kedua puluh maka perjuangan hidupku mungkin turut sama berhenti dengan membawa seribu macam kenangan.
Sekianlah untuk simpanan bersama bagi anak-anakku, kalau sudi:- Mohd Azmir, Mohd Azman, Nor Azian, Nor Axla, Nor Azzah, Nor Azlina, Mohd Azam, Mohd Azim. Salam sejahtera dari kedua ibu-bapa, Nasiruddin-Fatimah.
Sedikit pandangan:-
Masalah politik Malaysia dihari ini amat mencabar tetapi sayang diumpamakan; (GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG, PELANDUK MATI DI TENGAH-TENGAH.) Rakyat menderita dan bermusuhan sesame sendiri.
Mengikut sepanjang hadis Nabi, tanda-tanda kiamat telah hampir sangat, kalau kita teliti pada hari ini: Bincana alam kerap berlaku seperti banjir, gerak gempa bumi, taufan rebut melanda, dan berbagai-bagai lagi kebinasaan berlaku. Bagi pehak kelakuan manusia pula lagi amat ketara, melakukan zina berleluasa, bermusuh-musuhan sesama sendiri, keluarga, ibubapa dan sesama Islam, dan banyak lagi yang tak dapat kita madahkan, cuma kita sahajalah yang patut berhati-hati dari segala apa yang berlaku kerana Allah yang Maha Berkuasa dan Penyayang. Sekian.
I.A.A